Monday, 16 January 2012

Apa itu Bahasa Melayu?

Salam sejahtera....

Hari ini kami akan berkongsi kepada anda semua serba sedikit mengenai dengan inti pati tajuk blog ini yang akan secara tidak langsung dapat menjelaskan perkara berkaitan dengan apa itu Bahasa Melayu... Selamat membaca..

Bahasa Melayu (Jawi: بهاس ملايو) ialah sejenis bahasa Melayu-Polinesia di bawah keluarga bahasa Austronesia yang telah digunakan di wilayah Malaysia, Indonesia, dan persekitarannya sejak melebihi 1,000 tahun lalu. Walaupun asal usul bangsa Melayu (dalam pengertian yang khusus) yang paling asal belum diketahui secara pasti tetapi pertumbuhan bahasa Melayu dapatlah dikatakan berasal dari Sumatera Selatan di sekitar Jambi dan Palembang. Rekod terawal bahasa Melayu Kuno ialah sebuah batu bersurat bertarikh 682 Masihi yang dijumpai di Sumatera Selatan.

Sebagai mukadimah ringkas mengenai dengan entri  kali ini.. Sedikit sejarah mengenai Bahasa Melayu kami kongsikan yang telah diambil daripada wikipedia.com.. Untuk maklumat yang lebih lanjut berkaitan dengan sejarah dan asal usul Bahasa Melayu, anda perlulah melawat ke link di bawah ini untuk mendapatkan maklumat lanjut. 

Secara ringkasnya, Bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi negara kita yang tercinta negara Malaysia. Pada hari ini Bahasa Melayu bukan hanya dituturkan dalam kebanyakan negara asia, tetapi juga dituturkan oleh bangsa-bangsa asing seperti orang putih, orang negara matahari terbit yang begitu meminati dan mahu mempelajari bahasa yang pernah menjadi bahasa lingua franka ketika zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka dahulu kala. Di mana, bahasa ini dituturkan oleh semua bangsa di dunia yang datang berdagang pada ketika itu.

Selain menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi, Bahasa Melayu juga merupakan salah satu mata pelajaran yang wajib dipelajari oleh setiap murid yang bersekolah di Malaysia dari sekolah rendah hinggalah sekolah menengah. Hal yang demikian, Bahasa Melayu merupakan bahasa pengantar utama yang digunakan di sekolah-sekolah kebangsaan negara pada hari ini selain merupakan subjek yang wajib kepujian ketika peperiksaan SPM untuk mendapatkan peluang pekerjaan yang baik pada masa hadapan.

Seterusnya, pada masa kini Bahasa Melayu dianggap sebagai simbol perpaduan bangsa yang berbilang kaum dalam negara ini. Kerajaan telah mengambil langkah dengan mengadakan beberapa program seperti "Bahasa Budaya Bangsa", "Cintailah Bahasa Kebangsaan Kita", dan lain-lain program untuk membantu dalam mengeratkan hubungan silaturahim antara sesama.

Add caption

Untuk mengekalkan imej Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara, kerajaan telah mengambil langkah dengan melaksanakan satu program Memperkasa Bahasa Melayu di mana guru-guru Bahasa Melayu telah dihantar untuk mengikuti kursus yang perlu dihabiskan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.


p/s: Itu sahaja yang dapat kami kongsikan pada kali ini.. Jumpa lagi untuk entri berkait dengan Bahasa Melayu pada entri yang akan datang!

No comments:

Post a Comment